BAB
I
PENDAHULUAN
A. LATAR
BELAKANG
Ajaran
Islam atau agama Islam adalah satu ajaran yang unik dan sangat jauh bedanya
dengan ajaran ideologi atau isme buatan manusia. Kerana ia datang dari Tuhan
pencipta alam dan pencipta manusia. Yang sangat tahu tentang ciptaan-Nya dan
bagaimana hendak mengurus ciptaan-Nya agar selamat dan aman damai.
Di
dalam ajaran Islam ada tiga aspek atau tiga bagian terpenting, yang terkait
antara satu sama lain. Baik secara langsung maupun secara tidak langsung.
Secara tersurat maupun yang tersirat. Secara sadar mahupun tidak sadar. Yaitu
ajaran akidah, syariat dan tasawuf atau akhlak. Siapa yang ingin beragama Islam
atau siapa saja yang ingin melaksanakan ajaran Islam di dalam kehidupan, wajib
mempelajari ketiga-tiga aspek atau bahagian yang ada di dalam ajaran Islam ini.
Wajib dipelajari ilmunya, diyakini, dihayati dan juga diamalkan.
Kalau
satu-satu aspek saja kita terima dan pelajari tetapi meninggalkan aspek-aspek
yang lain, ia sangat cacat dan timpang. Katalah kita pelajari akidahnya saja
serta diyakini dengan meninggalkan aspek-aspek yang lain, seolah-olah Islam itu
agama ketuhanan dan Tuhan tidak ada mempunyai peraturan dan peranan. Kalau
syariatnya saja yang kita terima dan menolak pula aspek-aspek yang lain, Islam
itu sudah seolah-olah Islam seperti ajaran ideologi. Manakala kalau akhlaknya
saja diterima dengan meninggalkan aspek-aspek yang dua lagi, seolah-olah Islam
itu hanya ajaran etika di dalam pergaulan atau etika kerja.
Firman Allah SWT: Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan
mematuhi segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al
Baqarah: 208)
Oleh itu agama Islam
tidak dapat diterima atau dipelajari di satu-satu aspek saja tetapi kenalah
diterima kesemua aspeknya sekali. Barulah lengkap dan sempurna. Barulah indah
dan berguna. Barulah dapat dilihat keagungan dan kebesaran Allah itu di dalam
kehidupan manusia. Barulah berlaku di dalam masyarakat manusia itu keharmonian,
keamanan dan kedamaian yang memang diidam-idamkan oleh manusia.Selain tidak
boleh dipisahkan dan ada hubungkait, setiap aspek atau bahagian yang ada di
dalam ajaran Islam itu juga mempunyai peranan yang tersendiri.
B.
TUJUAN
1.
Untuk
mengetahui Peran-peran manusia dalam agama islam
2.
Untuk
mengetahui pengertian dari peran akidah,akhlak tasawuf
C.
RUMUSAN
MASALAH
1.
Apa
yang dimaksud dari akidah,syariat dan tasawuf
2.
Cciri-ciri
akidah,syariat, tasawuf
BAB II
PEMBAHASAN
PEMBAHASAN
Setiap
aspek sangat memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan kehidupan lahir manusia.
Sama ada di dalam kehidupan individu, kehidupan bermasyarakat dan lain-lainnya.
Di sini kita akan menghuraikan peranan setiap aspek itu seperti berikut:
1)
PERANAN
AKIDAH
Agar
manusia percaya dan yakin bahawa dunia dan seluruh isinya ada penciptanya iaitu
Tuhan Rabbul Alamin.Supaya manusia dapat membedakan di antara Khaliq dengan
makhluk-Nya yang sangat berbeda. Maha Suci Dia daripada menyerupai sesuatu. Bahawa
Tuhan itu adalah Zat yang tidak dapat difikirkan. Tidak dapat ditangkap oleh
mata dan yang tidak dapat dikhayalkan. Tiada siapa mengetahui hakikat Zat-Nya
kecuali Tuhan sendiri.Bahawa Tuhan itu Maha Pencipta, Maha Kuasa, Maha
Berkehendak, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Besar. Tuhan itu tiada yang
mencipta-Nya. Oleh itu Dia tidak ada permulaan dan tiada berkesudahan.Dia wajib
disembah dan dibesarkan melalui ibadah dan ibadah itu pula telah ditentukan
caranya.
Firman Allah SWT: Wahai
orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan
kamu (dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya
kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (Al Hajj: 77)
Tuhan ada mempunyai tentera dan
kakitangan yang ghaib di kalangan malaikat yang mentaati dan membuat kerja-kerja
Allah.
2)
PERANAN
SYARIAT
Agar
manusia tahu bahawa Allah SWT telah menyediakan/mempunyai peraturan dan
perlembagaan hidup untuk manusia yang disampaikan melalui rasul-rasul-Nya.
Supaya manusia selamat di dunia dan di Akhirat.Agar manusia yang menerima
syariat-Nya hidup berdisiplin dan teratur, terurus dan tersusun.Agar manusia
hidup di dalam sebuah masyarakat tidak merempuh dan melanggar hak asasi orang
lain. Supaya terjamin ukhwah dan keharmonian hidup.Agar manusia pandai hidup
cara yang sebaik-baiknya. Makan minum yang baik, pakaian yang baik, pergaulan
yang baik, perhubungan yang baik, perkahwinan yang baik, menjaga kesihatan yang
baik, bekerja secara baik, berekonomi secara baik, berpolitik secara baik,
berkebudayaan secara baik, berjuang secara baik, berpendidikan secara baik dan
lain-lain lagi.Agar manusia pandai menegakkan keadilan di dalam kehidupan dan
pandai pula menghukum mengikut kesalahan supaya tidak ada makhluk Allah yang
teraniaya dan tiada manusia melakukan sewenang-wenangnya terhadap manusia
lain.Agar manusia pandai melantik pemimpin yang baik serta tahu untuk mentaati
pemimpin.Pemimpin pula pandai mengurus dan mendidik pengikut-pengikutnya atau
rakyatnya, tahu mengurus kehidupan dan apa yang diperlukan oleh mereka.Apabila
manusia mengikut syariat Tuhan dalam semua aspek kehidupan mereka maka akan
terlihatlah lambang-lambang kebesaran Allah (ayatullah) di dalam kehidupan
mereka.Dengan syariat, manusia itu dapat melihat bahawa Tuhan itu Maha
Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Pentadbir.Dengan syariat, manusia itu pandai
berhubung atau berkomunikasi di antara sesama manusia agar perhubungan itu
berjalan dengan baik.
Dengan syariat,
manusia pandai berhubung dengan Tuhan sebagai Khaliqnya.
3)
PERANAN
TASAWUF
Tasawuf
adalah ilmu rasa (zauk). Ia adalah perasaan-perasaan yang timbul di dalam hati
orang yang beriman atau orang yang bertaqwa, yang bersifat terpuji (mahmudah).
Contohnya:
seperti rasa hamba, rasa merendah diri, rasa malu, rasa kasih, rasa bertimbang rasa, rasa simpati, rasa tawakal, rasa sabar, rasa redha, rasa pemurah, rasa kasihan, rasa pemaaf, rasa meminta maaf dan rasa cinta. Dari rasa-rasa tadi, ia mendorong manusia bertindak atau melahirkan rasa-rasa itu. Maka lahirlah buahnya di dalam kehidupan, yang dapat dilihat oleh mata iaitu akhlak mulia. Dapat dilihat seseorang itu pemurah, merendah diri, tenang, menolong orang, mengasihi orang, memberi maaf, meminta maaf dan lainlainnya. Di sini barulah kita faham, bahawa akhlak yang mulia itu adalah buah tasawuf. Asalnya adalah rasa-rasa yang di dalam semata-mata. Kemudian lahir dalam realiti kehidupan atau implimentasinya dari dorongan yang di dalam tadi.
seperti rasa hamba, rasa merendah diri, rasa malu, rasa kasih, rasa bertimbang rasa, rasa simpati, rasa tawakal, rasa sabar, rasa redha, rasa pemurah, rasa kasihan, rasa pemaaf, rasa meminta maaf dan rasa cinta. Dari rasa-rasa tadi, ia mendorong manusia bertindak atau melahirkan rasa-rasa itu. Maka lahirlah buahnya di dalam kehidupan, yang dapat dilihat oleh mata iaitu akhlak mulia. Dapat dilihat seseorang itu pemurah, merendah diri, tenang, menolong orang, mengasihi orang, memberi maaf, meminta maaf dan lainlainnya. Di sini barulah kita faham, bahawa akhlak yang mulia itu adalah buah tasawuf. Asalnya adalah rasa-rasa yang di dalam semata-mata. Kemudian lahir dalam realiti kehidupan atau implimentasinya dari dorongan yang di dalam tadi.
Oleh itu tasawuf
dengan akhlak adalah berhubung rapat satu sama lain. Tasawuf adalah yang batin,
akhlak adalah yang lahir. Boleh juga dikatakan pokoknya adalah tasawuf manakala
buahnya adalah akhlak yang mulia. Jadi tasawuf dengan akhlak tidak terpisah.
Satu sama lain tidak terpisah. Ia ada hubung kait. Apabila tasawuf telah
membuahkan akhlak yang mulia, maka di bawah ini kita akan membahas pula peranan
akhlak yang mulia.
4)
PERANAN
AKHLAK
Akhlak
adalah disukai dan dipuji oleh Allah, oleh Rasul dan oleh seluruh manusia sama
ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Maka ia bersifat sejagat. dari akhlak
yang mulia, boleh menjalinkan kasih sayang di kalangan manusia sama ada manusia
yang Islam mahupun manusia yang bukan Islam.
dari akhlak yang mulia, bagaimana hebat dan istimewa sekalipun manusia
itu, dia tidak akan riyak dan sombong. dari akhlak yang mulia, manusia yang
miskin tidak akan terbiar. Akan ada orang yang membela dan membantunya. tIdak
ada orang yang rendah kedudukannya di dalam masyarakat yang akan terhina dan
dihina.
Sentiasa ada orang
yang bersimpati dan menolong orangorang yang susah dan mendapat kemalangan.
Mereka tidak akan terbiar.
Kalau ada di kalangan
manusia yang melakukan kesalahan dan kesilapan di kalangan sama-sama manusia,
tidak akan berlaku permusuhan yang berpanjangan kerana yang benar bersegera
memberi maaf dan yang salah bersegera juga meminta maaf.
Lahirlah masyarakat
yang bertolak ansur serta berlapang dada berhadapan dengan bermacam-macam ragam
dan kerenah manusia. Lahirlah masyarakat yang di antara satu sama lain
mengutamakan orang lain. Akan lahirlah masyarakat yang adil. Kesannya, tidak
ada di kalangan manusia yang terasa dizalimi dan teraniaya. Hasil daripada
akhlak yang mulia, maka lahirlah masyarakat aman damai, selamat sejahtera,
berkasih sayang dan harmoni.Dengan itu tidak berlaku di dalam masyarakat
manusia halhal yang menakutkan yang datang daripada perbuatan manusia sesama
manusia.Begitulah secara ringkasnya peranan setiap aspek yang ada di dalam
agama Islam atau di dalam ajaran Islam. Di sini kita dapat lihat jika ajaran di
dalam agama Islam dapat difahami, dihayati dan diamalkan oleh
penganut-penganutnya, akan terjamin kesejahteraan sejagat.
BAB
III
PENUTUP
PENUTUP
1.
Kesimpulan
Ada 3 aspek terpeting yaitu :
Ada 3 aspek terpeting yaitu :
akidah agar manusia yakin kalau
dunia dan beserta isinya hanya ciptaan allah SWT.
syariat agar manusia selamat dunia akhirat, karna allah telah member petunjuk tentang larangan dan apa yang telah diperintah kan untuk umatnya melalu rosul-rosulnya.
tasawuf atau akhlak timbul rasa syukur dari diri kita bagi orang-orang yang beriman.
syariat agar manusia selamat dunia akhirat, karna allah telah member petunjuk tentang larangan dan apa yang telah diperintah kan untuk umatnya melalu rosul-rosulnya.
tasawuf atau akhlak timbul rasa syukur dari diri kita bagi orang-orang yang beriman.
Akidah,syariat,tasawuf atau akhlak, bagi siapa yang beragama islam atu menjalan syariah dalam kehidupan nya wajib mepelajari,menghayati,meyakini maupun mengamalkan.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking